BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

Ari Ni Jengah FB Jam 12pm

Ari ni gasa nak tengok fb awal.Dapat le balas 3 message.Bukannya tak de keja. Banyak keja ni tapi aku tak kisah.Best tau macam tak de keja.Ari ni banyak buku nak kena tanda.Baik aku dah settelkan.

Isnin Yang Slamba Je.

Hari ni Isnin memang biasa la ari sibuk tak sudah dari awal pagi sampai balik.Kelas pun tak ada.Nak cari durian dah lupe.Teringat nak buat pulut masak gulai manis durian.Teringat nak bawakan along sebab along pun dah balik.
Tengok along tadi. dia boleh makan da.Tapi masih tak berdaya sangat. Maklum lah lepas Operation.Bad suami dia memang sabar orangnya.Kak Ngah pun memang kena tolong dan layan along.Apa boleh buat. Sudah diberi dugaan pada dia oleh Allah Yang Maha Mengetahui.Hati aku sayu.Tapi inilah dugaan untuknya.Moga along akan sihat seperti biasa.InsaAllah.....

Sunday, March 28, 2010

Cerita Di Puteri Resort



TAHNIAH!!!
PASUKAN SENAMROBIK SK KEMENDOR TELAH MENDAPAT JOHAN
BAGI PERTANDINGAN SENAMROBIK PERINGKAT NEGERI
SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2010
DI MITC PADA 6 MAC 2010

Pada 6 Mac 2010, SKK telah menghantar Pasukan Senamrobik SKK ke Pertandingan Senamrobik Peringkat Negeri Melaka Sempena Karnival Pendidikan Melaka 2010. Pasukan SKK terdiri daripada 6 orang pelajar iaitu Nuratika Herlah (Thn 5), Siti NurAzrien (Thn.4), Nurul Nadia (Thn.4), NurHidayah (Thn.4), Amirah Zahidah (Thn.4) dan Nur Annisa (Thn.3). Pengurus Pasukan Senamrobik SKK ialah Cikgu Harliza manakala Jurulatih pasukan ialah Cikgu Wan Hamiza. Pakaian serta dandanan peserta telah diuruskan oleh Cikgu Harliza, Cikgu Azimah, Cikgu Kartini, Cikgu Azizah dan Cikgu Rozy.

Semalam ari Sabtu I rasa penat gak. Pagi ada LDAP kat school. I dan Harliza buat presentation mengenai Buku Kepimpinan Instructional. Okay lah best gak walaupun tak ramai.
Sehingga jam 1.kat sek. I bincang dgn. Group Senamrobik, sebab kami ada buat persembahan pada malam nanti.Majlis sempena Majlis Pelancaran Promot. Sukma.I bawa bebudak tu gi makan dan terus wak lik rumah.Wan bawa 3 . Jam 3.pm I dah bergerak ke Puteri Resort.Jam 4.45 baru ada raptai.Lepak juga dok tunggu masa tu. Sk Dt. Palembang raptai tarian lama gak.Masa tu our GB pun sampai, dan belanja kami di MDonald.
Sampai di resort bebudak pun baru dapat rehat dan selepas solat kami baru dpt sediakan bebudak tu sebab persembahan meka lewat sikit lepas ucap rasmi cm tapi wakilnya saja ada . so kami standby awal.
Macam biasa persembahan bebudak tu ok.Sebab dah malam kami pun siap utk balik .Bebudak tu dah ngantuk.Kesian ... sampai kat umah meka tdo je dalam Exora.I rasa letih gak tapi seronok dpt layan bebudak tu.
Hari ni Ahad rasa nak melepak aje.Ada I kisah nak masak.Lepak sungguh.Bila dah petang pulak I dan suami bawa anak ke McD.Selesai .. balik dah malam ....bum...bum.

Friday, March 26, 2010

Along Anoi Boleh Balik.

Sebenarnya I cadang nak gi tengok along diHUKM esok, tapi abang ngah beritahu along boleh keluar hosp ari ni dan Eddi akan ambik.Alhamdullila sebab esok I ada LADP dan abis jam 1.pm.
So tak pergi lah ke HUKM.Lagi pun kakak dan angah ada tuisyen.
Busy tak abis.
Jam 2.45pm wan tel. bincang pasal persembahan bebudak senamrobik Sempena Pelancaran SUKMA pada malam sok.Ada tugasan lagi, tapi I rasa happy gak.Persembahan depan K Menteri.
Okay tu.Layan...

Thursday, March 25, 2010

Masalah Yang Abis.

Entah lah nak cita pun, tak pernah ada noktah. Tak abis dengan problem. Malas nak ingat,bikin I panas saja.
Hari ni tengok berita pesawat Pilatus terhempas lagi sewaktu buat pertunjukan sempena Konv. UUM Sintok. Mula tu masing2 syok dok tengok bila keluar asap dari hutan tu , baru dia orang perasan. Apa nak buat dah takdir. Pada keluarga Juruterbang diucapkan takziah.Innal...

Wednesday, March 24, 2010

Memori Lalu.

Hari ni I tengok gamba2 lama. Masa gi Sabah tu memang best naik gunung Kinabalu.Masa tu bulan Disember 2007.Pergi Kundasang cuaca memang sejuk.Sana dok rumah abang hj. Thazali dan isteri Hjh Mariah di Sembulan, dekat dgn. KK gak.Masa tu gi dgn. suami dan anak2.Bila nak sampai lagi , tak tau. tengok rezeki lah, kalau ada.
Tapi yang baru cuti Disember 2009 ni kami ke K Perlis .OK gak sebab, memang teruja bawa mak dan mak mertua.Dalam seminggu kami sekeluarga sempat naik ke Langkawi.Memang menyeronokkan.Bali singgah tido di Perak rumah abang Long. Lepas tu ke Sepang singgah rumah abang ipar.Best lah... entah bila lai dpt bercuti mcm tu. tah le.InsaAllah jika diizinkan.


Tuesday, March 23, 2010

Best tengok Chandramukhi.


Malam ni I ingat nak relex je. Sambil tulis blog ni I nonton citaChandramukhi ZEE tv. Ok cita ni. bolehlah. Rasanya dah 2 - 3 kali tengok cita ni.Banyak versi.
Hari ni ko ku di school. , tgk latihan kawad kaki. Bebudak Tunas Puteri wat latihan. Ala baru nak buat latihan. banyak yang kena belajar lagi.Masa ni suami lum balik masjid.Jadual ari ni belajar dgn. ustaz.Alhamdullila adalah masa sekarang. Kalau dulu gi keja selepas Subuh balik selepas Magrib.
Tapi I ni nak ngikut dia ... nanti2 dulu.Cuti school lama I ikut gak.Seronok gak dapat le jumpa org kampung.OK ada adegan menarik dan seram cita ni......I stop now.

Monday, March 22, 2010

Hari Pertama Selepas Cuti

Hari ni di school waktu pagi - perhimpunan dah mula rasa kurang selesa.Ada saja yang tak kena dengan kami ni.buat keja pun kena , tak buat lagi lah.Apa boleh buat siapa lah I ni. Tapi ada aku kisah. Kadang rasa boring lah . dah keja apa boleh buat.
Hari Sabtu gi bawa bebudak senamrobik I buat prsembahan pada Pertd. Gimnastik artistik P Kebanbgsaan.Dapatlah tengok peserta kontegen negeri2 dok buat lentik badn. sambil gayut palang, tiba-tiba tepusing pergelangan tangan. Baik tak patah terkejut beb.Alhamdullila baik tak patah.Sok tengok acara tu hilang boring.
I sebenarnya teringatkan anak buah Norhazlina yang menghidap k usus. Ada di HUKM.I doakan dia sihat dan boleh sembuh spt biasa.I selalu doakan dia sihat walafiat dan menjalani kehidupan seperti biasa bersama keluarganya.Doakan juga.

Thursday, March 18, 2010

Diriku hari ini.


Hari ini merupakan hari pertama aku menulis blog ini.Entah kenapa mungkin baru I kisah. Selama ini I tak bekisah pun nak tulis. Ada I kisah.Entah lah keja school tak abis2.Mood pun tak de.Tapi sebab blog ni anak I bikin baru I pun baru mood ada.
Cuti school ni macam tak cuti je. Program UPSR memang melesukan I.Nak kata penat dah tentu.apa nak dibuat.Jalankan tugas.Tido di asrama bebudak tu teringat dulu masa I kat Aspuri teknik bukit piatu. Adalah sikit terkenang dolu2.
Tapi I tetap bersyukur kerana suami memang dah paham I punya busy ni.Semalam balik kampung mertua kat Bukit Durian pun dapatlah menjengah emak mentua yang demam. Baik da.Macam tak cuti je.
Nak cerita pasal school ni memang tak abis.Boring le.Nanti ceta lagi.